MELAYU

MELAYU

Thursday, 11 April 2013

MAKKAH, MADINAH MELAMBAI-LAMBAI

AKU POST APA SAJA, DAN ENGKAU BOLEH KATA APA SAJA. AKU POST LAGI APA YANG AKU SUKA DAN ENGKAU BOLEH KATA LAGI APA YANG ENGKAU SUKA. KEMUDIAN AKU AKAN POST LAGI APA YANG AKU SUKA DAN AKU TAK BENARKAN ENGKAU KATA APA YANG ENGKAU SUKA, HANYA APA YANG AKU SUKA ENGKAU KATA AKAN AKU BENARKAN. SEBAB INI BLOG AKU...





Aku nak tanya korang wahai jemaah2 GISB.

1. Kalau aku nak ke Makkah/Madinah bulan Mei ini dengan agensi mana kat Malaysia nie aku kena ikut? Mesti la agensi yang kenal GISB dan boleh bawa aku ke tempat2 GISB di sana. Agak2 berapa kos aku kena sediakan?

ATAU

2. Aku pegi dengan ustad Razali (kalimah-suci.blogspot.com) dan pihak GISB tunggu kami kat sana? So berapa bayaran aku kena kasi pada GISB jika dua minggu akan di bawah GISB di Madinah dan Makkah (bayaran untuk transport di Makkah/Madinah kalau nak pegi melawat tempat2 hebat; bayaran untuk penginapan dan bayaran untuk makan minum - untuk aku dan ustad razali). Agak2nya berapa kos yang perlu aku sediakan untuk aku dan ustad nie? Kos semua sekali la (airport tax, penerbangan dan kos2 hotel, makan, bas atau teksi dan lain2)?

TOLONG kasi tau aku segera sebab ustad kata untuk pegi bulan Mei, sekarang dah kena buat prepairation termasuk passport dan visa.

dan

dalam mencari-cari terjumpa pula agensi ini:

Imarah Travel And Tours Management Services
(Anak syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd)
No 3, Jalan Desa 9/1, Bandar Country Homes
48000 RAWANG, SELANGOR
0367331303 / 0195105934 (Syeikh Zaimusyani - Malaysia)
+966599724576 (Syeikh Azri Yunus – Mekah)
+966590404472 (Syeikh Haji Johari – Mekah)

terima kasih

Gambar2 yang aku post nie aku ambil dari blog suaraharamain313

Yang kawin kat sana pun ada? Boleh la aku kawin kat sana tapi dengan anak Tok Arab la. Anak Tok Arab tu comey2 la..macam Kak Ton comey..hehehe

11 comments:

Dayan Dayak said...

ustad ni keja dgn Berita Harian..boleh la korang tunjukkan pada dia aktiviti korang kat sana. Mudah2an dia dapat buat kajian dan tulis hal baik GISB di Makkah/Madinah dan disiar dalam berita harian...amacam...aku kata sesuai sebab aku pun dah call dan ckp dgn dia. Dulu dia ni pun bikers juga...sebab tu aku mudah kenal.

Anonymous said...

LA TAK KAWIN LAGI RUPANYA.....MACAM TAK CAYE JE....

IbnHaneef said...

Sila lawati imaarahtravel.blogspot.com.. d situ ada no contact dan lain2..

IbnHaneef said...

Alamat terbaru Imarah Travel ialah no23g, jalan desa 9/2, bandar countryhomes

IbnHaneef said...

Boleh juga berhubung dgn email imaarahtravel@gmail.com

Anonymous said...

Mcmana abg dayan nak tgk tmpat2 gisb ..smua dah kena ttup kot tu dah kena tangkap dkat 100 org tu..

Dayan Dayak said...

Aku yakin masih ada jemaah GISB yang jaga tempat tu..kalau tutup aku sendiri nak pegi buka dan jaga

Dayan Dayak said...

Masih ada kouta untuk 3 kekosongan. Nak pilih orang Arab Saudi, senang nak pegi buat umrah/haji nanti

mohd jihad said...

Terima Kasih Wahai Nabi
Submitted by admin on Tue, 2013-01-22 21:22
Terima kasih wahai Nabi
Baiknya Allah kerana memberikanku seorang nabi
Nabi itulah dia yang terlalu menyayangi
Dan menginginkan keselamatan untukku
Dan membimbangkan kecelakaan menimpaku

Sanggup menangis 1000 tahun untuk nasib baiknya diriku
Tuhan mencipta, Tuhan owner
Sedangkan nabi pelaksana untuk menyalamatkan aku

Nabikulah doktorku
Nabikulah guruku
Nabikulah pemimpinku
Nabikulah ibu ayah rohku

Ya rasul, nabi akhir zaman
Sampai hati mereka memisahkan aku darimu
Kata mereka kenabianmu sudah tiada lagi, seelok (setelah) kewafatanmu
Maka sekian lamanya aku ketiadaanmu

Oh betapa sesatnya fikiran, perasaan dan fizikalku
Sehinggalah Abuya dan Sayidi menemukan aku kembali dengan nabiku

Nabikulah doktorku
Nabikulah guruku
Nabikulah pemimpinku
Nabikulah ibu ayah rohku

Kini aku ada nabi, selalu aku dapat berbual dengannya
Bahkan tinggal serumah dengannya, 24 jam dia memanduku
Bagaimana agama itu, Quran itu dihidupkan pada diri, keluarga dan jemaah

Maka perjuangan Abuya dan Sayidi yang kuperjuangkan ini
Sebagai perjuangan yang dijanjikan Tuhanku dan Nabiku
Tidaklah akan kalah-kalah lagi
Kerana bersamaku nabi, dia tidak datang melainkan untuk menang
Maka kemenangan demi kemenangan yang aku alami

Nabikulah doktorku
Nabikulah guruku
Nabikulah pemimpinku
Nabikulah ibu ayah rohku

Referensi:
- http://mtikhwan313.blogspot.co.uk/2012/12/kita-ada-nabi.html
- http://farok313.blogspot.com/2012/12/kita-ada-nabi.html


- moga segera dtg ke Kg Nabiku

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdra Dayan
Jom ikut saya 23 Mei ini ke umrah. Saya minta mutawwif bawa ke GISB Mekah dan Madinah dan mereka sudah susunkan. Kos seorang RM5500. Jika sudi la... Hahahahahahaaa

Anonymous said...

Assalamualaikum bro.. Untung ko kan nak pergi sana dah.. Aku ni memang teringin gila nak pergi sana.. Tapi belom ade rezki.. Impian dan cita2 aku tu.. Nk duduk sana terus pon xpe.. Aku xkesah dah.. Asalkan aku dalam jemaah kebenaran.. Aku dah banyak kali mimpi aku pergi sana.. Indah sungguh.. Mimpi pergi sana jumpa BUJ ar pon dah beberapa kali.. Bestnya kalau ni suma reality.. Mungkin aku ni jahat sangat sbb tu belom direzkikan lagi.. Ko jgn sia2 kan peluang yang ada ni.. Cemburu dgn ko..

Share It