MELAYU

MELAYU

Wednesday, 17 September 2014

HATI-HATI HELAH PANGGILAN TELEFON: PESANAN DARIPADA POLIS

AKU POST APA SAJA...

INI ADALAH PESANAN DARIPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA


SCAM ALERT: Sindiket penipuan yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing ini membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan. Panggilan tersebut dibuat bagi membuat pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik anda. Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.

Modus Operandi
1. Mangsa mendapat panggilan telefon mengatakan kad kreditnya di sebuah bank tempatan telah digunakan di sebuah pusat membeli-belah.
2. Mangsa menafikan beliau mempunyai sebarang kad kredit di bank tersebut dan sindiket berjanji akan berhubung dengan bank negara mengenai masalah tersebut.
3. Beberapa minit kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan yang kononnya daripada bank negara dan meminta semua maklumat peribadi mangsa.
4. Bagi menyekat kad kredit supaya tidak disalahgunakan, mangsa diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
5. Apabila sampai di ATM, mangsa sekali lagi menerima satu panggilan telefon yang memberikan arahan sehingga transaksi selesai.
6. Mangsa hanya sedar telah ditipu setelah transaksi selesai. Tanpa disedari mangsa telah membuat pemindahan wang kepada akaun pihak ketiga.

Nasihat polis
1. Berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri sebagai pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis, pegawai Bank Negara Malaysia atau pegawai bank) memaklumkan akaun bank anda digunakan oleh orang lain.
2. Semak dengan pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
3. Jangan menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh mana-mana individu yang melalui telefon, sebaliknya hubungi nombor rasmi agensi tersebut.

Untuk pertanyaan lanjut dan nasihat, sila hubungi Pusat 

Hubungan Pelangan Bank Negara

Malaysia (BNMTELELINK) di talian 1300 88 5465

MARI KITA RELEASE TENSION

SALAM SEMUA.......

Kita ni kadang2 tension. Orang gila saja yang tak tension. Apa tension ni...oooo orait. Tension ni adalah tekanan atau stress yang dihadapi oleh seluruh badan, terutama pada otak akibat daripada ketegangan yang berlaku dalam hidup seharian.

Banyak juga cara untuk menghilangkan stress atau tension nie. Salah satunya korang tonton klip video ni sampai habis..........



Dah hilang sikit kan.

Wednesday, 10 September 2014

AURAT MUHAMMADIAH: PROSES PEMULIHAN AKIDAH DI PUSAT LATIHAN ZAKAT


Dimulai dengan


KURSUS PUSINGAN KEDUA GISB BUKAN YANG TERAKHIR!


Kenapa aku berkata demikian? Kerana sesungguhnya ilmu pengetahuan untuk memantapkan  akidah tidak akan terhenti selagi nyawa di kandung badan. Lagipun, beragama dan berakidah semestinya menjadi naluri semulajadi dan fikrah manusia sama ada ianya diikuti secara betul atau salah.

Rakan2 aku di GISB Holding kini sedang memulih dan memantapkan semula akidah mereka mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhabkan Mazhab Shafie sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat umat Islam arus perdana di Tanah Melayu ini. Selamat berjuang, mudah2an anda semua mendapat rahmat Allah. Begitu juga penceramah dan fasilitator semuanya

Hanya agama yang betul dapat mengimbangi kehidupan manusia kerana ia adalah himpunan peraturan daripada Tuhan di setiap peringkat kehidupan manusia dan di semua bidang yang dilalui ketika di dunia.

Kenapa kita boleh terpesong, terseleweng atau terbabas akidah daripada landasan agama? Mungkin tiga sebab ini iaitu:
(i) Kelemahan diri atau tiadanya akidah sebenar pada manusia itu
(ii) Godaan syaitan
(iii) Tipu daya manusia dan dunia

Penyelewengan akidah bukan hanya berlaku di kalangan Ahli Kitab tetapi juga di kalangan umat Muhammad SAW dan akan terus berlaku selagi adanya ketiga-tiga faktor yang disebutkan tadi. Apa yang berbeza ialah jaran nabi-nabi selain Nabi Muhammad SAW telah berubah sebegitu rupa  sehingga tidak dapat diketahui lagi manakah ajaran asal dan mana pula yang palsu.

"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Allah) sedangkan Allah mahu menyempurnakan cahaya-Nya walaupun tidak disenangi oleh orang-orang kafir." (Surah Saf : ayat 8)

Pemesongan akidah juga boleh berlaku jika seseorang itu:

i) Bertakliq buta.

Sebagaimana maksud firman Allah : “Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? “(Surah Al-Araf : ayat 28)

(ii) Tiada konsep betul mengenai sifat-sifat Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”. (Surah Hud ; ayat 61 & 62)

(iii) Lupa kepada ayat-ayat Allah.

Firman Allah bermaksud : “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah Thaha : ayat 126)

(iv) Memilih syaitan daripada Allah

Firman Allah bermaksud : “Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat”. (Surah Al Araf : ayat 30)

(v) Diri tidak dikawal akidah yang betul.

Firman Allah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.(Surah Al Maidah :ayat 105)

(vi) Tidak menyedari bahawa kesesatan itu merugikan diri sendiri

Firman Allah bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu.” (Surah Yunus : ayat 108)

(vii) Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak berpandukan ilmu yang sebenar.

Firman Allah bermaksud : “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Yunus : ayat 36)

(viii) Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah SWT di dalam mencari kebenaran.

Firman Allah bermaksud : “Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”. (Surah Al-A'raf: ayat 79, Surah Bani Israel: ayat 72)

(ix) Degil dan keras kepada terhadap kebenaran

Firman Allah : “Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa. Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata. (Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”. (Surah Yunus: 75 - 77)

(x) Derhaka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan membuat pilihan sendiri tentang urusannya setelah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah SAW untuknya suatu ketetapan.

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (Surah Al Ahzab : ayat 36)

(xi) Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui ayat-ayat Tuhan.

Maksud firman Allah : “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya)." (Surah Al Qasas : ayat 50)

(xii) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan.

Allah berfirman: ”Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara.” (Surah Thaha : ayat 123)

DAN BANYAK LAGI

Cara penyelesaiannya termasuk lah dengan kembali kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW dan menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.

Jadi aku harap selepas ini tiada lagi tuduhan dilemparkan oleh media arus perdana atau mana-mana pihak yang mengaitkan GISB Holdings dengan Arqam, Aruat Muhammadiah atau mana2 ajaran sesat. Aku berharap selepas mereka selesai menghabiskan kursus minggu ini mereka akan DIBEBASKAN sepenuhnya. Harap pihak berkuasa dan masyarakat umum tidak lagi menyimpan shak wasangka terhadap GISB Holdings yang diketuai Dato Hatijah Aam, balu Allahyarham Ustad Assari.

Aku memberi jaminan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama ISlam di semua negeri, terutama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), JAKIM dan KDN, bahawa aku bersama geng2 aku akan pastikan GISB Holdings ini tidak terpesong, tidak tergelincir dan tidak terbabas lagi daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Shafie.

OLEH ITU , AKU MEMBERI AMARAN KEPADA GISB HOLDINGS

"JIKA MASIH MENYELEWENG, MAKA AKU DAN GENG2 AKU AKAN MENYERANG GISB HOLDINGS HABIS-HABISAN HINGGA SEMUANYA MENJADI DEBU"

Sekian Assalammualaikum dan selamat berkursus untuk mencari jalan yang lurus dan terang.

Gambar2 sekitar kursus peringkat pertama





LAAAAAA........ KURSUS KA TIDOOOOO...HEHEHE

Sunday, 7 September 2014

INI YANG BUAT ANUBERAHI RASA SAKIT MACAM KENA LIWAT DARI BELAKANG OLEH PAS..

AKU POST APA SAJA,..

Ada seseorang email karangan ni kepada aku. Bacalah:


SENARAI CALON MENTERI BESAR SELANGOR DARI PAS ADA TIGA ORANG, BUKAN SEMUA ORANG PKR, ADA SEORANG DARI PAS..

LAGI MENYAKITKAN, SENARAI INI SUDAH PUN DISERAHKAN PADA SULTAN, DIRECT DARI PRESIDEN PAS, TANPA MELALUI EMISSARY!

Dah tu Azizah takde dalam senarai, Azmin pun takde..

Cerdik juga PAS ye, ingat ke bodo memanjang.

Sambil selam sambil minum air, kata peribahasa Melayu. Using one stone to kill two birds, kata peribahasa Inggeris.

Dengan meletakkan 1 calon MB dari PAS, PAS yakin Sultan akan pilih calon PAS sebagai MB, maka PAS kesudahan akan jadi MB. Apa taknya, dalam keadaan sekarang, tentulah calon PAS yang terbaik..

Dengan meletakkan 2 calon PKR, PAS berjaya sejukkan hati sesetengah orang PKR, sekurang2nya sejukkan hati 2 orang wakil PKR dalam senarai PAS ini, ini boleh pastikan 2 orang ini akan lompat ke saf PAS bila keadaan memerlukan nanti, bagi menggantikan 2 orang PAS yang belot ke saf PKR-DAP sebelum ini..


Tindakan PAS ini sudah pun menghasilakn sperma dan smegma dalam PAS bernama PasMA..

PasMA ini adalah hasil kemarahan Anwarina dalam PAS terhadap sikap "khianat" dan "belot" PAS pada Anuberahi dan PKR-DAP. Ia benar2 merupakan sperma dan smegma Anuberahi yang sedang meleleh keluar dari bontot PAS setelah sekian lama diliwat oleh Anuberahi.

Apapun, UMNO juga yang akan disalahkan nanti. Semua aksi PAS ini akan dijaja sebagai permulaan kerjasama PAS dan UMNO..

Respon terkini Hadi Awang pada PasMA: GO TO HELL LAH LU! GET LOST FROM PAS, WE DON'T NEED YOU! YOU ARE JUST A FUCKING MOSQUITO TRYING TO SPOIL MY SLEEP! MU PAHE?


Korang dengar apa kata Hadi Awang nih... puas. Pemimpin Pas bukan bodo

Saturday, 6 September 2014

GEMPAR DAN MESTI BACA! UMAT ISLAM TAK MINUM TAPI TOLONG BAYAR HARGA ARAK


Aku mulai dengan


Cadangan menghentikan penyediaan arak dan memberi kelonggaran kepada pramugari Islam menutup aurat dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terus mendapat sokongan pelbagai pihak.

Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB Malaysia), Agil Faisal Ahmad Fadzil, berkata hidangan arak bukan saja salah di sisi Islam, malah menimbulkan pelbagai masalah kepada penumpang.

Katanya, ini termasuk peningkatan caj perkhidmatan dan ketidakselesaan penumpang khususnya beragama Islam yang duduk berhampiran orang yang meminum minuman keras.

AGIL FAISAL MEMBERITAHU BAHAWA RAMAI UMAT ISLAM YANG TIDAK MENYEDARI BAHAWA PENUMPANG TURUT MEMBAYAR KOS PENYEDIAAN MINUMAN YANG DIHARAMKAN AGAMA BIARPUN TIDAK MEMINUMNYA KETIKA DALAM PENERBANGAN ITU.

“INI KERANA PENYEDIAAN MINUMAN KERAS ADALAH PAKEJ DALAM PENERBANGAN DAN SESIAPA PUN BOLEH MEMESANNYA DALAM PESAWAT MAS TANPA DIKENAKAN BAYARAN ATAU CAJ KERANA IA SUDAH TERMASUK DALAM CAJ PERKHIDMATAN SEMUA PENUMPANG.

“INI SAMA DENGAN PENUMPANG BERAGAMA ISLAM YANG MENOLAK SAJIAN PADA RAMADAN KERANA BERPUASA APABILA MEREKA JUGA KENA BAYAR CAJ PENYAJIAN MAKANAN," KATA AGIL FAISAL.

(Ooooooo maksudnya: Bila kita bayar tambang penerbangan tu, maknanya kita dah bayar harga semua minuman dan makanan dalam kapal terbang tu la....ishhhh... bukannya peree. Kita dah bayarkan pada mat salleh yang duduk sebelah kita apabila dia order dalam pesawat tu. Patut kita bagitau dia jangan minum arak dalam kapal terbang. KALAU NAK MINUM JUGA PEGI MINUM KAT LUAR...KEHKEHKEH. MANGKUK HAYUN BETOI)

Beliau mengulas cadangan Pengerusi Biro Pekerja Muda (BPM) Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud agar MAS membenarkan anak kapal wanita menutup aurat termasuk memakai hijab dan berhenti menghidangkan arak.

Cadangan itu sebelum ini turut disokong Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mengenai pakaian menutup aurat, Agil Faisal berkata larangan penggunaannya dianggap satu eksploitasi terhadap wanita Islam.

“Sebab itulah kami menyokong penuh pemakaian uniform menutup aurat termasuk memakai tudung dalam pesawat MAS,” katanya.

Cuma apa yang hendak aku katakan di sini ialah kejadian yang berlaku kepada pesawat MAS sejak akhir2 ini sepatutnya memberi kesedaran kepada pihak pengurusan MAS.

Kita adalah sebuah negara yang dilaung-laungkan sebagai negara Islam. Malah kita dengan bangganya mengakui kita ini adalah negara Islam contoh.

Negara Islam yang menjadi contoh kepada negara Islam lain. MAS pula adalah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penerbangan rasmi negara yang mendakwa bahawa Islam adalah agama rasmi dan negara ini adalah negara Islam, malah kita angkat bakul sendiri dengan mendakwa kita adalah NEGARA ISLAM CONTOH.


WHAT?

NEGARA ISLAM CONTOH?

CONTOH APAKAH KITA INI JIKA DI ATAS PESAWAT MILIK NEGARA ISLAM CONTOH INI - MAS - DIHIDANGKAN ARAK?

CONTOH APAKAH KITA INI JIKA TIADA DOA DIBACAKAN KETIKA PESAWAT HENDAK BERLEPAS ATAU MENDARAT SEPERTI DILAKUKAN OLEH PESAWAT BRUNEI ATAU ARAB SAUDI?

ARAK BUKANLAH UKURAN KEJAYAAN SYARIKAT PENERBANGAN. BUKANNYA MEMBERI MANFAAT PUN.

CUBA BAYANGKAN, SEORANG PRAMUGARI ATAU PRAMUGARA BERAGAMA ISLAM SEDANG MEMBAWA ATAU MENGHIDANGKAN ARAK KEPADA PENUMPANG, TIBA-TIBA KAPAL TEROBANG TU MELETUP.

Aku petik dari sebuah web - hidayahcentre - apa katanya:

Nas al-Quran mengharamkan arak. Nas hadis pula membincangkan lebih terperinci golongan yang terlibat dengan arak. Berdasarkan sabda Nabi SAW daripada riwayat Abu Daud, ada sembilan golongan yang dilaknat Allah. (Tarmizi, Imam Ahmad dan Ibnu Majah turut meriwayatkan hadis mengenai arak)

a)      Peminum arak

b)      Orang yang menuangkan arak ke dalam gelas dan sebagainya untuk diminum (kerja sebagai pelayan, bar tender dan sebagainya yang menghidangkan arak).

c)      Penjual arak

d)      Pembeli arak

e)      Orang yang memerah arak (membuat arak)

f)       Orang yang minta diperahkan (dibuat arak)

g)      Orang yang membawa arak

h)      Orang yang dibawa arak kepadanya (dengan izinnya)

i)       Orang yang makan hasil arak

Umat Islam ialah umat yang paling lemh hari ini. Ekonomi dikuasai oleh golongan bukan Muslim. Politik umat Islam juga makin kabur dan rapuh. Banyak syarikat dimiliki oleh bukan Muslim. Namun kita perlu bekerja. Adakah haram untuk bekerja jika ada kaitan dengan arak?

Sesetangah airline turut menghidangkan arak kepada penumpangnya (termasuk MAS - pen)

Fatwa para ulama cenderung kearah mengharamkannnya. Contohnya bekerja sebagai pramugara atau pramugari dalam syarikat penerbangan yang menghidangkan arak kepada penumpang kapal terbang. Dalam satu fatwa tentang hukum bekerja di syarikat penerbangan sebagai juruterbang di mana syarikat ada menyediakan arak, Syeikh Azhar Jad al-Haq berpendapat bahawa kerjaya sebegini adalah haram. Fatwa ini disiarkan dalam majalah al-Azhar, juzuk 7, keluaran Rejab 1414H bersamaan Disember/Januari 1994M.

FIKIR2 LAH

Fuqaha’ telah menetapkan kaedah umum, iaitu ;

أن للوسائل أحكام المقاصد

Maksudnya;
“Sesungguhnya, bagi (hukum) Wasilah (perantara) seperti hukum maqasid (tujuan)”

Maka dengan demikian, setiap perkara yang membawa kepada haram, maka ianya dikira sebagai haram dalam apa jua bentuk sekalipun, ini kerana, ianya dibawah ketegori ta’awun (Bantu membantu) dalam melakukan dosa.

Firman Allah ;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;
“Bantu membantulah kamu dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu Bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan” (surah Maidah : 2)

Imam Al-Izz Bin Abdus Salam menyatakan didalam kitab Qawaid Al-Ahkam ;

للوسائل أحكام المقاصد فالوسيلة إلى أفضل المقاصد هي أفضل
 الوسائل والوسيلة إلى أرذل المقاصد هي أرذل الوسائل

Maksudnya;
“Bagi Wasail (perantara) adalah hukum maqasid. Wasilah kepada maqasid yang afdhal adalah seafdhal-afdhal Wasail. Dan Wasilah kepada seburuk-buruk Maqasid adalah seburuk-buruk Wasail” (lihat Qawaid Al-Ahkam (1/46)

Dari kaedah ini, difahami bahawa setiap perkara yang membawa kepada haram, maka perkara tersebut dikira sebagai haram juga.

Sekiranya bank yang mengamalkan system riba adalah sesuatu yang diharamkan, maka semua tindakan kearah memajukan bank tersebut dikira sebagai haram. Seperti orang yang bekerja sebagai akauntannya, scuritinya, juru kira-kiranya dan seterusnya.

Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه
 وقال : هم سواء
رواه مسلم

Maksudnya;
“Melaknat oleh Rasulullah SAW akan pemakan riba, pewakilnya, penulisnya dan dua saksinya. Dan berkata: mereka (semuanya) adalah sama (dari segi dosa)” (hadis riwayat Muslim)

Begitujuga, hukum haram kepada orang yang menjual dan bersekongkol dalam memajukan arak.

Ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang saheh;

إن الله تعالى حرّم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah ta’ala mengharamkan Jual Arak, bangkai, Khinzir dan Patung berhala” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah Al-Muqaddasi dalam mensyarahkan perkataan Al-Khurqi;

‏وبيع العصير ممن يتخذه خمراً باطل

Maksudnya;
“menjual perahan (anggur atau apa pun) kepada orang yang mengambilnya (untuk dijadikan) arak, adalah batil”

Sebahagian Ulama Syafiiyyah berpendapat, menjual perahan (anggur) kepada orang yang hendak menjadikan arak adalah haram. Tetapi makruh sekiranya disangsikan untuk dijadikan arak.

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah ;

“Begitulah hukum pada tiap-tiap perkara yang diqasadkan kepada yang haram, seperti menjual senjata kepada ahli harb (orang yang mesti diperangi) atau kepada qutta’ at-tariq (perompak tengah jalan), atau pada melakukan perkara fitnah, dan menjual akan alat muzik atau menyewakannya (untuk dijadikan alat melalaikan) atau menyewakan rumahnya untuk menjual arak padanya, atau menyewakan rumah untuk dijadikan gereja atau rumah api (untuk orang majusi) dan yang seumpama dengannya. Maka semua ini adalah haram dan aqadnya juga batal” (Al-Mughni : 4/207)


Thursday, 4 September 2014

KISAH BURUNG HANTU: E-MEL DARIPADA SEORANG RAKAN JAUH


Aku mulai dengan


Janji aku untuk sambung cerita mengenai burung hantu. Sebenarnya ia berkaitan jahil murakkab (orang yang tidak tahu atau tidak berilmu tetapi tidak sedar dia tidak tahu)

Segala puji hanya bagi Allah SWT, selawat dan salam semoga tetap tercurah kepada baginda Rasulullah Muhammad SAW, dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya… Amma Ba’du:

Pada suatu malam yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya bulan dan cahaya bintang terdapat seekor burung hantu yang sedang berehat di atas dahan pokok. Terdapat 2 ekor tikus mondok bergerak di bawah pokok itu secara senyap-senyap.

Tiba2. “Kamu !” kata burung hantu itu. “Siapa?” soal kembali kedua tikus mondok itu sebagai respon.

Mereka kini dalam keadaan yang sangat terkejut dan takut. Bagi mereka, adalah mustahil bagi sesiapa pun untuk melihat dalam keadaan gelap gelita seperti itu.

“Kamu berdua !” burung hantu itu berkata.

Kedua tikus mondok itu terus berlari secepat mungkin dari situ dan mula menyebarkan berita bahawa burung hantu adalah binatang yang paling hebat dan paling bijak di dunia kerana dapat melihat pada waktu malam yang gelap gelita.

“Saya akan uji burung hantu itu dulu” kata seekor burung layang-layang yang bijak.

Burung layang-layang pun pergi untuk menemui burung hantu pada keesokkan malamnya yang juga gelap gelita dan memulakan sessi soal jawab dari jauh.

“Berapa helai rumput sedang aku pegang di paruhku ini ?” tanya burung layang-layang. “Dua” jawab burung hantu dan itulah adalah jawapan yang betul pun.

Setelah beberapa soalan yang lebih kurang sama ditanyakan kepada burung hantu dan burung hantu menjawab kesemuanya dengan mudah dan spontan. Maka burung layang-layang kembali semula ke tempat perhimpunan binatang-binatang di situ pada keesokan harinya dan melaporkan mengenai pengalaman yang dilaluinya pada malam sebelumnya.

“Burung hantu sangat hebat ! Dia boleh melihat dalam gelap, tidak tidur sepanjang malam dan dapat menjawab semua soalan dengan tepat” kata burung layang-layang yang memang terkenal dengan kepintarannya di kalangan binatang-binatang di situ.

“Dia adalah binatang paling hebat dan paling pintar di dunia!” sambung burung layang-layang lagi. “Bolehkah dia melihat pada waktu siang juga?” soal seekor serigala dengan muka serius. “Tentulah boleh” jawab arnab dan kambing.

“Bolehkah dia melihat pada waktu siang juga?” semua binatang yang ada di situ ketawa besar berdekah-dekah terhadap soalan bodoh yang ditanya oleh serigala. Mereka memutuskan pada hari itu untuk menghukum semua serigala di situ supaya dibuang negeri untuk 3 bulan atas kebodohan mereka.

Keesokannya mereka memutuskan untuk menghantar burung layang-layang untuk bertemu dengan burung hantu dan menawarkan kepadanya tawaran untuk menjadi ketua kepada semua binatang-binatang yang ada di hutan itu.

Burung hantu bersetuju dan semua binatang berkumpul pada waktu tengah hari itu untuk menyaksikan upacara perisytiharan kuasa burung hantu sebagai ketua kepada semua binatang.

Pada waktu tengah harinya itu, burung hantu tiba hanya dengan berjalan kaki, ini memberikan satu persepsi tentang bertapa pentingnya burung hantu itu. Matanya yang besar pula menandakan kehebatannya mengawal dan mengawasi dalam semua keadaan.

“Dialah tuhan” jerit seekor ayam jantan setelah merasa kagum dan gementar dengan karisma si burung hantu.

“Dialah tuhan” jerit semua binatang lain mengikut seruan ayam jantan itu tadi.

Maka semua binatang pun mengikut burung hantu beramai-ramai sebagai tanda taat setia mereka kepada ‘tuhan’ yang baru mereka lantik itu. Mereka mengikutnya secara membabi buta, apabila burung hantu terlanggar sesuatu, mereka juga akan melanggar objek itu dengan sengaja dan mereka mula menafsirkan setiap tindakan burung hantu itu sebagai sesuatu yang mempunyai hikmah dan mesej yang tersirat.

Akhirnya, mereka sampai ke lebuh raya yang bertar dan semua binatang ini mengikut jejak burung hantu yang berjalan di tengah-tengah lebuh raya itu.

Kini, helang yang bertugas sebagai pengawal dari udara bagi rombongan ini turun ke bawah dengan tergesa-gesa  dan memberitahu burung layang-layang bahawa terdapat sebuah lori besar sedang bergerak menuju ke arah mereka.

Burung layang-layang pula melaporkan “Tuanku, terdapat bahaya di hadapan” bisik burung layang-layang kepada burung hantu. “Bahaya ?” kata burung hantu dengan nada angkuh kerana tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh burung layang-layang. “Tuanku tidak takut ke?” tanya burung layang-layang lagi. “Siapa?” tanya burung hantu dengan tenang kerana dia tidak dapat melihat lori besar yang sedang bergerak di hadapannya itu. (Burung hantu tidak dapat melihat pada siang hari)

“Dialah tuhan” teriak semua binatang yang mengikut burung hantu sehinggalah ke saat mereka ramai-ramai dilanggar oleh lori besar itu. Kebanyakkan daripada mereka telah mati termasuk burung hantu, kecuali beberapa binatang yang hanya cedera parah.

Apa pengajaran buat kita ???

Terdapat empat tipologi manusia berkaitan dengan sikap terhadap pengetahuan dirinya.

Pertama:
Orang yang tahu dan sedar bahawa dirinya tahu. la ahli ilmu dan tidak bakhil untuk memberikan ilmunya kepada orang lain. Sedar akan ilmunya membuat ia berkewajipan untuk berkonsi dengan orang lain. la merasa ada tanggungjawab keilmuan yang harus ia sebarkan kepada orang yang memerlukan. la tidak mencari-cari keuntungan peribadi dan tidak suka menghitung harga ilmunya dengan wang ringgit atau harta benda. la ingat firman Allah SWT:


Yang bermaksud:
.....dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya." (Surah A-Baqarah ayat 41).

Kedua:
Orang yang tahu tetapi tidak sedar dirinya tahu. Mungkin ia sedar bahawa dirinya tahu, namun kerana suatu hal ia tidak dapat menggunakan dan berkongsi pengetahuannya itu. Mungkin disebabkan faktor kesibukan dan masalah kewangan menyebabkan ia tidak mempunyai kesempatan adalah sebahagian daripada alasan mengapa seseorang tidak dapat menggunakan pengetahuannya dan tidak dapat berkongsi ilmunya dengan orang lain. Setelah kesibukan, masalah kewangan dan kesempatan diatasi, maka dia mampu memberi manfaat kepada orang dengan ilmu yang dimiliki.

Ketiga:
Orang yang tidak tahu, tetapi sedar bahawa dirinya tidak tahu. Dia adalah orang bodoh yang menyedari akan kebodohannya. Orangnya rendah hati dan ringan lidah untuk bertanya kepada orang yang lebih mengerti. Sedar akan ketiadaan ilmu, ia pun mula belajar di majlis ilmu. Senang menerima nasihat, mahu mendengar pendapat orang lain dan tidak marah apabila dikritik. Manusia seperti ini hanya perlukan banyak belajar supaya kebodohannya hilang.

Keempat:
Orang yang tidak tahu, tetapi tidak sedar bahawa dirinya tidak tahu. Orang biasa yang enggan mengakui kebodohannya. Inilah yang disebut dengan 'ahmaq' dalam perkataan Nabi Isa as. Para sufi menjulukinya dengan sebutan 'jahil murakkab' (sangat-sangat bodoh). Dijuluki 'bodoh kuadrat' sebab ada dua kebodohan yang dimilikinya iaitu bodoh kerana tiadanya pengetahuan dan bodoh yang ditimbulkan oleh sikapnya. Maka jadilah dia bodoh sombong. Dan ada juga yang meletakkan golongan ini sebagai bodoh yang tidak boleh diajar.

Ada beberapa ciri jahil murakkab:
Pertama - sendiri merasa hebat dan benar. Perasaan ini membuatkan mereka suka memuji dirinya sendiri dan menceritakan kelebihannya, terutama prestasinya pada masa lalu. Padahal sikap suka menceritakan kelebihan masa lalu sesungguhnya menunjukkan ketidakmampuannya untuk berdepan saingan pada masa sekarang. la suka mengenang kehebatan masa lalu kerana dia tidak mampu mengulanginya pada masa sekarang. Orang seperti ini telah hilang masa depannya. Tetapi supaya dia terus diakui maka dia menyibukkan dirinya dengan kisah-kisah masa lalu yang semuanya menunjukkan kekurangan dan kebodohan pada dirinya.

Kedua - Senang dipuji. Keadaannya jauh daripada layak untuk dibanggakan sehinggakan orang lain sukar untuk memberi pujian kepadanya. Dan dalam mengharapkan pujian yang tidak dapat dia akan berasa amat berharga apabila ada orang yang memberikan sedikit saja pujian. Seringkali orang 'gila pujian' ini sangat berlebihan dalam memberi respon 'applause' yang diberikan orang lain kepadanya. la akan menceritakan pujian itu kepada siapa saja dan disimpannya dalam memori hingga bertahun-tahun lamanya. Orang ini telah diingatkan oleh Allah dalam firman-Nya:


Yang bermaksud:
"Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan – jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah Ali Imran ayat 188)

Ketiga - Sentiasa senang bila diajak berbual memberi komen, tetapi tidak suka mendengar pendapat orang lain. Bila berbual maka ia mahu menguasai forum atau pentas, bukan disebabkan dia pandai, tetapi kerana ia memiliki penyakit telinga yang tidak dapat mendengar orang lain bercakap. "Tidak ada yang lebih tuli daripada orang yang tidak mahu mendengar," kata Thomas Fuller, M.D. dalam bukunya.

Keempat - Sulit menerima nasihat dan akan menunjukkan emosi serta marah apabila dikritik. Hatinya tertutup bagi dialog kebenaran. Sikapnya terbiasa memberontak apabila ditunjukkan kesalahan. Dia tidak dapat menerima jika kebodohannya didedahkan.

Kelima - Senang meremehkan orang lain. Dia menghafal kekurangan dan keaiban orang lain, tetapi dia lupa bahawa semua itu dimiliki oleh semua orang termasuk dirinya. Dia tidak sedar ketika ia menghina orang lain, sesungguhnya dia sedang menghina dirinya sendiri.

Wallahu'alam

Share It